Seo Services

Sangka Isteri Curang, Suami Tetak Kaki Isteri


El Rancho - Seorang suami tergamak memotong kedua-dua kaki isterinya selepas mengesyaki wanita itu berlaku curang.

Marcio Matthew Salazar, 42, bertindak demikian mengguna parang terhadap isterinya, Heydi Waleska Hernandez di rumah mereka yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di sini, Sabtu lalu.

Salazar ditahan atas tuduhan keganasan terhadap wanita bagaimanapun memberitahu polis, dia hanya melepaskan geram dan apa yang berlaku pada isterinya itu adalah tindakan yang tidak disengajakan.

Namun, sudah terlambat untuk membuat pengakuan itu apabila doktor yang tiba di rumah pasangan itu memaklumkan kecederaan Heydi amat teruk sehingga tiada harapan untuk menyambung kakinya semula.

Salazar bagaimanapun percaya wanita itu akan memaafkan dirinya.

Menurut Hernandez, Salazar sebelum ini pernah mengancamnya dan mengugut mahu membunuhnya jika meninggalkan lelaki itu.

Lapor akhbar La Prensa, Salazar mendakwa isterinya yang menjadi punca kepada insiden berdarah itu.

"Saya lelaki Kristian, tetapi isteri saya berbohong dengan memberitahu saya yang dia keluar bersama dengan abangnya ke Choloma, yang mana perkara itu tidak benar.

"Pada waktu tengah hari Sabtu, saya menemui abang ipar saya dan dia memberitahu yang dia tiada bersama dengan isteri saya.

"Realitinya, isteri saya keluar dengan sepupunya dan berjanji akan pulang ke rumah pada jam 2 petang. Namun dia pulang ke rumah pada jam 4 petang dan tindakannya itu membuatkan saya marah," katanya.

"Sekembalinya dia ke rumah, saya mengambil parang yang disorok di bawah katil. Saya langsung tiada niat mahu membunuh dia. Apa yang terjadi adalah tidak disengajakan, itu saja," tegasnya lagi.

Akibatnya, Hernandez kehilangan kaki kanan dan kiri disebabkan tindakan cemburu buta suaminya itu.

"Pada ketika itu, saya terpengaruh dengan perasaan cemburu buta yang melampau walaupun saya tidak mempunyai bukti yang mengatakan isteri saya berlaku curang.

"Saya ingin memohon maaf dan harap dia memaafkan saya. Saya sayangkan dia dan selalu ingin berdamping dengannya. Saya cuma terlalu panas baran," katanya.-THM
Sangka Isteri Curang, Suami Tetak Kaki Isteri Sangka Isteri Curang, Suami Tetak Kaki Isteri Reviewed by Unknown on April 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.