Seo Services

Sarawak Komited Jadi Johan Dan Jadi Penganjur SUKMA XVIII


KUCHING: Sarawak komited menjadi johan dan menjadi penganjur Sukan Malaysia Ke-18 (SUKMA XVIII) yang akan diadakan pada 22 hingga 31 Julai 2016.

Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata demikian pada penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

“Sekretariat SUKMA 2016 sudah ditempatkan di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak untuk memastikan aktiviti dan program berjalan dan dilaksanakan dengan baik.

“Ia bertujuan memastikan aktiviti dan program berjalan dan dilaksanakan dengan baik.

“Kesemua acara sukan akan diadakan di Kuching, bola tampar dan badminton diadakan di Sibu serta sukan layar dan karate do di Miri.

“Pusat Akuatik akan siap menjelang Oktober tahun ini manakala Stadium Tertutup Sibu akan siap pada Mac 2016 manakala padang Stadium Hoki di Petra Jaya pula telah siap sejak Julai 2014,” katanya.

Tambah beliau semua tapak untuk sukan berkenaan masih dalam proses untuk disiapkan sebelum Mac 2016.

SUKMA menawarkan sejumlah 24 sukan (19 wajib dan lima sukan tambahan) akan disertai sepanjang kejohanan itu melibatkan 500 atlet negeri ini.

Kementeriannya juga komited untuk mengambil jurulatih dalam dan luar negara bagi membantu melatih para atlet negeri ini.

Sementara itu, Mawan menjelaskan bahawa Program Pencegahan Penyalahgunaan Dadah (SUDS) menunjukkan kesan positif apabila mencatat penurunan penyalahgunaan dadah daripada 763 orang pada tahun lepas kepada 614 tahun ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan Sarawak telah memenangi bidaan bagi menganjurkan Hari Sukan Kebangsaan yang akan diadakan pada 10 Oktober akan datang. - UB
Sarawak Komited Jadi Johan Dan Jadi Penganjur SUKMA XVIII Sarawak Komited Jadi Johan Dan Jadi Penganjur SUKMA XVIII Reviewed by Salfian Nawawi on April 29, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.