Seo Services

Tidak Mampu Bayar Pekerja, Unit Berita ABN Ditutup


PENCABAR kepada rangkaian televisyen berbayar, Astro iaitu Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd (ABN) dilaporkan terpaksa menutup unit beritanya ekoran tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

Menerusi The Edge Financial Daily, rangkaian kabel digital pertama Malaysia ini dilaporkan telah membuat pinjaman sebanyak RM450 juta daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad namun gagal mengaut perolehan sejak 2009.

Lebih mengejutkan, syarikat berkenan gagal membuat pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada pekerjanya sejak tahun lalu.

Malah, syarikat itu sudah melanggar peraturan asas buruh kerana melambatkan gaji pekerja sejak Januari lalu.

Kekangan masalah kewangan yang dihadapi oleh ABN telah mengakibatkan seramai 60 pekerja diberhentikan.

Syarikat rangkaian TV kabel digital ABN ini yang dikenali sebagai ABNxcess telah dilancarkan 8 Jun 2013 yang menyediakan kelajuan sehingga 300 Mbps melalui gentian teknologi hibrid untuk perkhidmatan internet dan siaran lebih 500 saluran. – MYNEWSHUB.CC
Tidak Mampu Bayar Pekerja, Unit Berita ABN Ditutup Tidak Mampu Bayar Pekerja, Unit Berita ABN Ditutup Reviewed by uMieySurianie on April 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.