BINTULU: Dana projek kecil luar bandar (MRP) yang diberi perlu diguna untuk menjalankan aktiviti supaya dapat memberi manfaat kepada persatuan, pertubuhan mahupun jawatankuasa berkaitan.
Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomuni-kasi) Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, dana itu bukan untuk kegunaan peribadi sebaliknya perlu diguna bagi membiayai aktiviti atau kerja berkaitan yang memberi faedah kepada masyarakat seluruhnya.
Katanya persatuan, rumah panjang dan kampung perlu melaksana aktiviti masing-masing supaya dana MRP diberi kerajaan dapat diguna dengan sempurna.
“Guna dana yang diberikan itu untuk aktiviti dan kerja dirancang seterusnya laporkan kepada pegawai daerah hasil daripadanya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Cek MRP bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena serta penyerahan sijil lantikan atau lanjutan ketua-ketua kaum daerah Bintulu di Bilik Me- syuarat Wisma Residen semalam.
Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) merangkap ADUN Kemena itu turut menyeru agar kepimpinan akar umbi memperkukuhkan disiplin, kerjasama, saling bertolak ansur, hormat menghormati dan lebih telus sekali gus perlu berkomunikasi dengan anak-anak buah mereka.
“Ketua kaum juga perlu berhati-hati menerima maklumat supaya tidak terpengaruh dengan propaganda yang boleh memberi kesan ke atas tindakan mereka,” katanya.
Terdahulu Pegawai Daerah Bintulu Tuah Suni meminta penerima MRP menggunakan dana itu sebaiknya dengan merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan.
“Pertubuhan, persatuan serta jawatankuasa berkaitan perlu bekerjasama dan mewujudkan jaringan baik dengan menganjurkan aktiviti yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat di samping menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan,” katanya.
Sebanyak 21 penerima terdiri daripada pertubuhan, persatuan serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima dana MRP tersebut yang keseluruhannya berjumlah RM295,000. Turut diadakan adalah penyerahan sijil lantikan dan lanjutan ketua-ketua kaum.
Hadir sama, Setiausaha Politik Ketua Menteri Victor Temenggung Angang dan Jenny Bangga, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebauh David Kalla dan Temenggung Abang Suhaili Abang Mohamad. - UB
Manfaat MRP Biayai Aktiviti Berfaedah
Reviewed by uMieySurianie
on
May 08, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
May 08, 2015
Rating:

No comments: