![]() |
| Gambar Hiasan |
KUCHING: Sebuah tapak pembinaan yang terletak di Salak Land District, Jalan Demak di sini diserbu oleh Jabatan Imigresen Sarawak dalam operasi gempur, Ops Ikrar semalam.
Dengan kekuatan anggota seramai 42 pegawai, seramai 381 orang diperiksa di mana 24 daripadanya merupakan rakyat tempatan dan selebihnya adalah warganegara Indonesia.
Ketua Operasi TPPI Abdul Malik Bojeng menerusi kenyataan akhbarnya semalam mendedahkan, daripada jumlah itu, seramai 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan dan kesemuanya adalah lelaki yang disyaki melakukan kesalahan berada di Malaysia lebih daripada tempoh dibenarkan serta bekerja tanpa memiliki permit sah.
Dalam serbuan berasingan yang dilakukan Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Sibu yang diketuai TPPI Raffian Mohd Alias pula, seramai enam warganegara Indonesia ditahan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu.
Tiga tahanan lelaki dan tiga wanita itu dipercayai melakukan kesalahan melanggar Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah untuk berada di negara ini, selain Seksyen 15 (1) (c) akta sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan atas Pas Lawatan Sosial.
Kesemua tahanan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut. - UB
Ops Ikrar Tahan 95 PATI Di Kuching, Enam Di Sibu
Reviewed by uMieySurianie
on
May 08, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
May 08, 2015
Rating:

No comments: