Seo Services

Najib Tegaskan Parlimen Bukan 'Rubber Stamp'


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan tidak pernah menganggap Parlimen sebagai 'rubber stamp', sebaliknya sebagai institusi yang berkesan sebagai penggubal undang-undang negara.

Beliau berkata dalam menggubal undang-undang yang terbaik dan dapat diterima, anggota legislatif berpeluang memberi pandangan dan cadangan dalam rang undang-undang yang dikemukakan kerajaan, sekali gus membuktikan Parlimen bukan sekadar meluluskan undang-undang yang dibawa oleh pihak eksekutif.

"Bukan sahaja undang-undang itu dibawa oleh pihak eksekutif tapi pihak legislatif juga boleh beri pandangan dan cadangan, dan adakalanya cadangan itu diterima dan dibuat pindaan sewaktu rang undang-undang itu dibahas.

"Ini menunjukkan bahawa daripada pihak eksekutif termasuk bagi diri saya, tidak pernah menganggap Dewan Parlimen sebagai 'rubber stamp' sahaja. (Sebaliknya) saya amat menghargai kualiti perbahasan termasuk cadangan yang dibawa oleh anggota Parlimen dalam perbahasan di peringkat Parlimen," katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia 2015 di sini hari ini.

Persidangan dua hari yang diadakan secara tertutup itu diaktifkan semula oleh Parlimen Malaysia selepas kali terakhir diadakan pada 2007.

Ia antara lain bertujuan mengeratkan hubungan antara Parlimen dan DUN, menjadi wadah perkongsian pengetahuan dan meningkatkan keupayaan dalam pengendalian Dewan Perundangan masing-masing agar lebih efektif dan berwibawa.

Najib merangkap Ketua Majlis Mesyuarat Parlimen berkata Speaker Parlimen dan DUN juga perlu membuktikan keberkesanan Dewan Perundangan sebagai penggubal undang-undang negara dan memastikan undang-undang yang diluluskan itu berkualiti tinggi. - Bernama
Najib Tegaskan Parlimen Bukan 'Rubber Stamp' Najib Tegaskan Parlimen Bukan 'Rubber Stamp' Reviewed by Salfian Nawawi on May 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.