![]() |
| Foto PULAPOL Kuching |
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan pengiktirafan tersebut membuktikan PDRM berada pada satu lagi tahap yang boleh dibanggakan.
Menurutnya, ia merupakan PLAK pertama bagi Organisasi Kepolisan Persekutuan di dunia pernah diiktiraf oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut Agensi Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi (QAA) United Kingdom.
“Dalam visi saya untuk Latihan Polis Malaysia 2013, saya menekankan keperluan memiliki kepolisian moden dan bertaraf dunia melalui latihan dinamik.
“Hari ini (semalam), sejarah tercipta apabila 641 Kadet Sarjan mendapat pengiktirafan mengikut QAA United Kingdom dan mereka dianugerah ijazah sarjana dengan kepujian,” katanya dalam ucapan penutupan rasmi di PULAPOL Kuching di sini, semalam.
Menurut Khalid, kerjasama dengan Universiti Derby, United Kingdom itu mempamerkan cita-cita untuk menjadikan akademi atau pusat latihan polis sebagai suatu tempat yang dapat memberi pendidikan berkualiti kepada pelatih.
“Kita berterima kasih kepada Universiti Derby kerana kerjasama strategik dan bantuan bagi merealisasikan visi yang kita impikan iaitu kepolisian bertaraf dunia dan moden, dengan sumber tenaga berintegriti, berpengetahuan dan berkebolehan,” ujarnya.
Dalam ucapannya, beliau turut melahir keyakinan bahawa kejayaan Kadet Sarjan mengikuti Kursus Asas KAdet Sarjan merupakan satu keputusan yang tepat.
Jelasnya juga, mereka merupakan aset terpenting PDRM kerana pasukan amat memerlukan golongan muda berpengetahuan dan berdaya saing bagi menterjemahkan mutu perkhidmatan pasukan.
“Dengan nilai tersebut, kadet sarjan mampu mempamerkan sikap dan sifat terbaik sebagai seorang anggota polis sejajar pangkat dan amanah disandang.
“Anda perlu sedar bahawa tugas di bidang kepolisan ini mendambakan pengorbanan, keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada negara dan masyarakat,” katanya.
Khalid menjelaskan, kadet sarjan jangan menganggap kehadiran dalam pasukan sekadar mengisi kekosongan jawatan sebaliknya penuhilah harapan pucuk pimpinan untuk memantapkan lagi imej pasukan.-UB
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Polis Iktiraf 641 Kadet Sarjan Catat Sejarah
Reviewed by Unknown
on
May 10, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 10, 2015
Rating:

No comments: