KUCHING: Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad menyambut baik pengumuman kerajaan yang menyasarkan pengurangan indeks jenayah sebanyak lima peratus setahun dan meningkatkan persepsi rasa selamat kepada 60 peratus pada tahun 2020 dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) hari ini.
"Bagi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, kita amat bersetuju dan menyokong penuh, yang mana initiatif ini sebenarnya telah kita ambil tindakan sejak beberapa tahun lalu."
"Ini dapat dibuktikan melalui penurunan jenayah indeks (bagi IPD Kuching) tiap-tiap tahun lima tahun berturut-turut yang mana semuanya melebihi 5 peratus setiap tahun."
Beliau menambah, manakala untuk mencapai persepsi rasa selamat kepada 60 peratus pula kita (IPD Kuching) juga telah mengorak langkah lebih awal dengan mengadakan berbagai program cegah jenayah dikalangan masyarakat, memperbanyakkan penunuhan SRS, mengalakkan pendaftaran Rakan Cops serta mengalakkan masyarakat menyertai Komuniti Policing.
Disamping itu, tambah Roslan, IPD KUching juga telah mengadakan program komuniti policing, "meet and greet", "high profile policing", mengadakan rondaan NKRA, ronda basikal, Unit Rondaan Motosikal, MPV dan lain-lain lagi.
"Setakat ini kita menerima riaksi yang sangat positif dari masyarakat," katanya lagi.
Roslan berkata demikian ketika ditanya pemberita sebentar tadi mengenai sasaran kerajaan terhadap institusi polis dalam RMK11 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Sarawakiana
#RMK11 IPD Kuching Sambut Baik Sasaran PDRM Dalam RMK11
Reviewed by Salfian Nawawi
on
May 21, 2015
Rating:

No comments: