#RMK11 Selari Dengan Rancangan Sarawak

Seo Services

KUCHING: Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat selari dengan rancangan negeri Sarawak kerana turut menumpukan pembangunan kawasan luar bandar.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh yang menyambut baik pengumuman itu berkata, ia menyaksikan pemimpin nombor satu negara itu amat prihatin.

“Dalam RMK11 ini juga beliau amat menumpukan tentang pembangunan luar bandar terutama pembangunan asas seperti jalan, jambatan dan bekalan elektrik serta air.

“Selain itu ia juga berita baik apabila PM mengumumkan tentang bagaimana membantu menangani golongan berpendapatan 40 peratus terendah atau B40,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Semalam, Najib semasa membentangkan RMK11 turut menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak akan memperoleh lebih banyak pembangunan dan kemajuan untuk jangka panjang di kawasan bandar mahupun luar bandar di bawah RMK11.

Di bawah rangka rancangan lima tahun bermula 2016 hingga 2020 yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat semalam, pelbagai perancangan disentuh untuk kemajuan kedua-dua negeri terbabit.

Antaranya melibatkan kemudahan asas, pertambahan dan penambahbaikan infrastruktur jalan raya dan lapangan terbang, pembangunan, kemajuan luar bandar, penambahan peluang pekerjaan, kesihatan, hospital dan sebagainya.

Najib turut mengumumkan bagaimana membantu menangani golongan berpendapatan 40 peratus terendah atau B40 dan menurut perangkaan, golongan B40 ini, kini adalah sekitar 2.7 juta isi rumah.

“Selain daripada itu, Malaysia akan terus menangani golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah yakni Bottom 40 percent, atau selepas ini saya akan sebut sebagai B40,” kata Najib dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, menurut perangkaan, golongan B40 ini, kini adalah sekitar 2.7 juta isi rumah.

Oleh yang demikian, dalam tempoh rancangan ini, kerajaan menyasarkan pendapatan purata isi rumah B40 meningkat daripada lebih kurang RM2,500 sebulan pada tahun 2014 kepada lebih RM5,000 sebulan pada 2020 kelak.

Ke arah ini, kerajaan akan mengambil usaha-usaha yang intensif antaranya merapatkan jurang pencapaian pendidikan dan kemahiran serta meningkatkan produktiviti. - UB
#RMK11 Selari Dengan Rancangan Sarawak #RMK11 Selari Dengan Rancangan Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on May 22, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.