Seo Services

Sambungan Haram, Bekalan Elektrik Setinggan Dipotong


KUCHING: Syarikat SESCo Berhad (SESCo) bertindak memotong bekalan elektrik di kawasan setinggan Siol Kandis di sini semalam berikutan aduan penduduk berhubung kegiatan penyambungan bekalan elektrik secara haram.

Kerja penyambungan haram itu yang dilakukan menerusi tiang elektrik lampu jalan telah menyebabkan kekurangan voltaj di kawasan terbabit.

SESCo menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata, pelanggan di sekitar kawasan itu membuat aduan mengenai percikan elektrik dari wayar pada waktu malam berikutan sambungan wayar yang tidak selamat dan melebihi had penggunaan.

Operasi pemotongan wayar itu dilakukan oleh 10 kontraktor dan juruteknik elektrik SESCo selain turut dibantu pihak polis.

Malah, sambungan itu dipercayai menampung penggunaan kira-kira 40 penduduk setinggan haram yang menduduki kawasan itu tanpa kebenaran.

Jurucakap SESCo mendedahkan, aduan yang diterima pihaknya amat membantu dan kegiatan itu mengundang bahaya kepada penduduk lain, sekali gus boleh menyebabkan kebakaran kerana struktur kediaman di situ yang agak rapat antara satu sama lain.

“Ini merupakan kali ketiga pihak SESCo memutuskan bekalan haram yang disambung ke kawasan setinggan haram di sini (Siol Kandis).

“Pada kali pertama kami menjalankan kerja pemotongan bekalan tenaga, kami berdepan penduduk setinggan yang memeras ugut kami dengan menggunakan parang. Sebab itulah kami datang lagi dengan membawa pasukan polis bagi memastikan keselamatan pegawai kami menjalankan kerja pemotongan,” katanya.

Dalam operasi pemotongan bekalan semalam, juruteknik elektrik SESCo mengesahkan penduduk setinggan telah mengambil tenaga elektrik secara haram dari dua tiang elektrik lampu jalan.

Ekoran itu, kontraktor dan juruteknik elektrik SESCo terpaksa bertindak mematikan bekalan tenaga dan membuang kabel bawah tanah di bawah tiang berkenaan.

Orang ramai boleh melaporkan kepada SESCo mengenai kes kecurian kuasa serta gangguan pada meter melalui talian 082-443535.

Semua maklumat akan dirahsiakan. - UB

Sambungan Haram, Bekalan Elektrik Setinggan Dipotong Sambungan Haram, Bekalan Elektrik Setinggan Dipotong Reviewed by uMieySurianie on May 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.