Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), kini sedang menyiasat insiden pertengkaran membabitkan kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) yang tersebar di laman sosial.
Klip video tersebut memaparkan seorang kakitangan syarikat penerbangan tersebut dilihat bertindak kurang sopan dengan mengherdik sekumpulan pelanggan yang dipercayai dalam transit dari Singapura, untuk senyap dan beratur dengan nada menjerit.
Kejadian yang berlaku di KLIA itu juga memaparkan salah seorang staf menunding jari kepada kumpulan tersebut sambil menyuruh mereka untuk menunggu sebelum dia bertindak meninggalkan kaunter.
Sementara itu, kelihatan seorang lagi kakitangan MAS cuba mengawal keadaan dengan meminta supaya penumpang tersebut menunggu pengurus mereka datang untuk menyelesaikan masalah.
Susulan itu, MAS dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Twitternya semalam menyatakan pihaknya memandang isu ini sebagai sangat serius dan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian tersebut.-Sarawakiana
Video : Bertengkar Dengan Penumpang, Pekerja MAS Disiasat
Reviewed by Unknown
on
May 08, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
May 08, 2015
Rating:

No comments: