Seo Services

SESCo Kesan Pelanggan Berulang Ubah Suai Meter


KUCHING: Syarikat pembekal tenaga, SESCo menjalankan siasatan pemeriksaan meter di sebuah kedai pameran perabot di Jalan Merdeka Barat, Sibu kelmarin selepas penggera pengubahsuaian meter berbunyi.

Juruteknik SESCo segera mengesan meter yang dipasang di kedai pameran itu dan mendapati ia diubah suai menggunakan kaedah ‘shunting’ mengakibatkan meter tidak mencatat jumlah penggunaan elektrik tepat.

Wayar hitam diubah suai dengan kaedah ‘shunting’ tersembunyi rapi di belakang penutup terminal meter bagi mengelak dapat dikesan oleh pasukan pemeriksa meter SESCo.

Bagaimanapun, meter dilengkapi ciri antikecurian itu mengeluarkan bunyi penggera pada paparan meter digital sekiranya berjaya mengesan sebarang keganjilan atau cubaan untuk mengubah suai meter.

Premis itu menduduki empat lot kedai di tingkat bawah dan berhawa dingin sepenuhnya selain dibekalkan dengan dua meter elektrik yang kedua-duanya didapati diubah suai pada bulan sama.

Siasatan lanjut mendapati premis itu membayar bil elektrik tidak munasabah selepas dua meter itu diubah suai.

Menurut jurucakap SESCo menerusi kenyataan akhbar kelmarin, premis sama pernah ditangkap melakukan kesalahan mengubah suai meter elektrik pada Februari tahun ini.

Ini jelas membuktikan, pelanggan berulang kali melakukan aktiviti pengubahsuaian dan akhirnya tertangkap oleh SESCo. - UB
SESCo Kesan Pelanggan Berulang Ubah Suai Meter SESCo Kesan Pelanggan Berulang Ubah Suai Meter Reviewed by Salfian Nawawi on May 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.