Seo Services

Aksi Bogel Di Gunung Kinabalu: Empat Pelancong Asing Direman


KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret hari ini membenarkan permohoan polis untuk menahan reman empat pelancong asing dari Eropah bagi membantu siasatan dakwaan melakukan aksi lucah di atas puncak Gunung Kinabalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan dan denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, seorang pengadu membuat laporan pada 2 Jun lepas di Balai Polis Ranau yang mendakwa terdapat 10 orang pelancong berbogel di atas puncak gunung tersebut.

Perbuatan aksi lucah itu yang turut membabitkan pasangan adik beradik, kemudian menjadi viral di laman sosial internet.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah, berkata suspek pertama seorang wanita berumur 24 tahun ditangkap ketika di Lapangan Terbang Tawau pada kira-kira jam 12 tengahari semalam.

“Pada hari yang sama, tiga lagi rakannya iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 23 tahun ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada jam 6 petang,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa para malim gunung dan kakitangan Taman Sabah agar segera melaporkan kepada polis sekiranya terdapat pelancong atau pendaki yang melakukan aksi lucah di tempat awam. - sumber


Aksi Bogel Di Gunung Kinabalu: Empat Pelancong Asing Direman Aksi Bogel Di Gunung Kinabalu: Empat Pelancong Asing Direman Reviewed by Salfian Nawawi on June 10, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.