Kenang Jasa & Pengorbanan Anggota Keselamatan Negara

Seo Services

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai agar mengenang jasa serta pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara.

Melalui podcast (fail audio) yang dimuat naik dalam blog rasminya najibrazak.com hari ini, perdana menteri berkata jasa mereka dalam menjaga dan memastikan keselamatan negara tidak boleh dilupakan sama sekali.

“Anggota keselamatan kita sentiasa bersiap-sedia bagi memastikan kita semua dapat tidur dengan lena,” katanya.

Najib berkata, beliau berasa sangat bertuah kerana berkesempatan meluangkan masa dengan keluarga pada awal Ramadan ini untuk berbuka puasa bersama isteri, anak dan ibu beliau.

“Tetapi saya juga teringat pada anggota pasukan keselamatan negara yang tidak dapat berbuka dengan keluarga ketika menjalankan tugas menjaga keselamatan negara.

“Selasa lalu saya telah membuat keputusan untuk berbuka puasa dengan anggota tentera dan ketika berbuka, saya dapat melihat kesedihan di wajah mereka kerana tidak dapat bersama keluarga semasa bertugas untuk negara,” katanya. – BERNAMA
Kenang Jasa & Pengorbanan Anggota Keselamatan Negara Kenang Jasa & Pengorbanan Anggota Keselamatan Negara Reviewed by uMieySurianie on June 26, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.