Seo Services

Nahas Feri Di Sungai Nil, 15 Maut


KAHERAH: Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh apabila sebuah kapal kargo berlanggar dengan sebuah feri di Sungai Nil semalam, menurut sumber hospital dan keselamatan.

Polis Mesir sudah menahan kapten kapal kargo itu selepas perlanggaran di utara Kaherah.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri di Facebook, enam dari 25 penumpang feri berkenaan diselamatkan manakala usaha mencari empat lagi penumpang yang hilang masih berjalan.

Menurut sumber keselamatan dan hospital, terdapat ramai kanak-kanak di atas kapal berkenaan tetapi tidak menyatakan usia dua mereka yang terbunuh.-BH
Nahas Feri Di Sungai Nil, 15 Maut Nahas Feri Di Sungai Nil, 15 Maut Reviewed by Unknown on July 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.