Seo Services

Ahli Fizik Terkemuka Lancar Projek RM379 Juta Cari Makhluk Asing


Ahli fizik terkemuka, Prof.Stephen Hawking telah melancarkan satu projek khas bernilai AS$100 juta (RM379 juta) pada Isnin.

Menariknya, projek tersebut adalah projek pencarian makhluk asing.

Projek yang dinamakan The Breakthrough Initiatives itu dibiayai oleh bilionair yang juga seorang ahli fizik, Yuri Milner.

Hawking menyokong penuh projek pencarian ini dan beranggapan, manusia seharusnya tidak punya masalah untuk merungkaikan persoalan tentang makhluk asing kerana telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir.

"Saya menyokong projek ini kerana saya percaya ini adalah masanya untuk melakukan pencarian. Sebagai manusia, kita lebih bijak. Justeru kita patut tahu apa yang berlaku sebenarnya di sekeliling kita," kata Hawking semasa majlis pelancaran projek tersebut. - Awani
Ahli Fizik Terkemuka Lancar Projek RM379 Juta Cari Makhluk Asing Ahli Fizik Terkemuka Lancar Projek RM379 Juta Cari Makhluk Asing Reviewed by Unknown on July 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.