Seo Services

Menteri, Ahli Parlimen, Netizen Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Najib


KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Kabinet dan Ahli Parlimen serta pengguna internet atau lebih dikenali sebagai 'netizen' hari ini mengambil peluang mengucapkan Selamat Harijadi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui akaun twitter mereka.

Najib yang dilahirkan pada 23 Julai 1953, hari ini menyambut hari kelahiran ke-62 tahun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dalam akaun Twitternya @shaberyc pada 7.20 pagi ini mengucapkan: "Selamat Hari Lahir Datuk Seri Najib! Semoga sabar dan ikhlas jadi kekuatan dalam laksana tugas dan tanggungjawab.

" Beberapa pengguna internet, Samaras, Nurfarah Hanim M, husnulhilmi, Najwa Azman, Wife Channing Tatum, Farahanie dan Aimanamat, turut 'retweet" ucapan Shabery itu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, mencatatkan: "Happy Birthday PM. May Allah bless you with strength and great wisdom to lead the nation."

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula meletakkan gambar Najib berserta ucapan: "Selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada Datuk Seri Najib Razak."

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengucapkan: "Happy Birthday PM '@FriendsofBN1:' Tiada sesiapa boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum di Msia yg telah lama terjalin."

Bagi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching pula mencatatkana: "Happy birthday YAB DS @NajibRazak. Wish you many more happy returns of the day."

Ahli Parlimen Ledang, Datuk Hamim Samuri turut memaparkan gambar Najib berserta ucapan: "Selamat Hari Lahir YAB Dato' Sri Najib 23 Julai. Semoga Panjang umur dan diberkati Allah SWT."

Sementara itu, Pejabat Akhbar PM memuat naik gambar di dalam Twitternya, suasana warga kerja meraikan sambutan hari jadi itu bersama-sama Najib di pejabatnya di Putrajaya bersama-sama dua kek.

Najib adalah anak sulung kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein dan beliau dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. - BERNAMA
Menteri, Ahli Parlimen, Netizen Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Najib Menteri, Ahli Parlimen, Netizen Ucap Selamat Hari Jadi Kepada Najib  Reviewed by uMieySurianie on July 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.