Seo Services

Malaysia Sambut Baik Hubungan Diplomatik AS


KUALA LUMPUR – Malaysia menyambut baik keputusan Amerika Syarikat (AS) dan Cuba membuka semula pejabat kedutaan di negara masing-masing selepas lima dekad hubungan diplomatik antara AS dan Cuba terputus.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia satu perkembangan penting ke atas komitmen politik oleh AS dan Cuba untuk berusaha ke arah pemulihan sepenuhnya hubungan dua hala.

“Malaysia berharap AS dan Cuba akan terus memajukan kepentingan dan nilai bersama berdasarkan prinsip-prinsip yang dikongsi bersama yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Undang-undang Antarabangsa untuk manfaat rakyat kedua-dua negara dan rantau ini secara keseluruhannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Media semalam melaporkan Pejabat Kedutaan Cuba di Amerika Syarikat dibuka secara rasmi menandakan bermulanya hubungan diplomatik dua negara jiran yang sudah terjalin sejak 50 tahun lalu.

Menteri Luar Cuba, Bruno Rodriguez turut hadir ke acara berkenaan dan mengetuai upacara menaikan bendera.

Hubungan AS dan Cuba tegang sejak 1961. Pada tahun 1970, kedua-dua buah negara menghadkan hubungan diplomatik masing-masing. – mynewshub.cc
Malaysia Sambut Baik Hubungan Diplomatik AS Malaysia Sambut Baik Hubungan Diplomatik AS Reviewed by uMieySurianie on July 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.