Seo Services

Persidangan IOC: Malaysia Jadi Tumpuan Dunia


KUALA LUMPUR: Hanya tinggal lima hari saja lagi, Malaysia khususnya Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan penggiat sukan dunia.

Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 28 hingga 30 Julai ini diikuti Persidangan Sesi ke-128 IOC pada 31 Julai hingga 3 Ogos.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Sieh Kok Chi berkata, pihaknya merasa bangga Malaysia dipilih menjadi tuan rumah kepada Persidangan ke-128 IOC ini.

"Walaupun kita tidak mampu menganjurkan temasya Sukan Olimpik, menjadi tuan rumah kepada persidangan seperti ini adalah suatu penghormatan kepada negara.

Lebih 100 ahli Lembaga Eksekutif IOC akan hadir pada mesyuarat kali ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur," katanya.

Kemuncak Persidangan Sesi ke-128 IOC itu adalah pengumuman bandar untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dan Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020.

Pada 7 Julai tahun lalu, Lembaga Eksekutif IOC telah mengumumkan senarai pendek tiga bandar iaitu Oslo, Norway; Almaty, Kazakhstan; dan Beijing, China bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Namun Oslo telah mengumumkan penarikan diri mereka. Sementara itu Lausanne, Switzerland dan Brasov, Romania pula membida bagi Sukan Olimpik Belia Musim Sejuk 2020.

Sieh berkata wakil calon tuan rumah untuk kedua-dua temasya sukan berkenaan akan membuat pembentangan masing-masing pada sesi pagi 31 Julai sebelum keputusan dibuat pada hari yang sama.

"Pengumuman mengenai keputusan pembidaan itu akan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.

"Selain itu persidangan akan turut membincangkan mengenai lapan sukan sebagai tambahan kepada program Sukan Olimpik 2020 yang berlangsung di Tokyo, Jepun untuk pertimbangan IOC," katanya. - BERNAMA

Persidangan IOC: Malaysia Jadi Tumpuan Dunia Persidangan IOC: Malaysia Jadi Tumpuan Dunia Reviewed by uMieySurianie on July 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.