Seo Services

Sekolah Henry Gurney Sarawak Beroperasi Mulai 1 Oktober


KUCHING: Sekolah Henry Gurney pertama di negeri ini akan mula beroperasi pada 1 Oktober akan datang dan buat permulaan 30 pesalah juvana lelaki akan ditempatkan di situ.

Pengarah Penjara Sarawak Abdul Kadir Rais berkata Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo itu akan menempatkan kumpulan pertama pesalah juvana yang dipindahkan dari Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah.

“Pada 1 Jun 2015, satu bahagian dalam Kompleks Penjara Puncak Borneo telah diwartakan sebagai Sekolah Henry Gurney ini oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Buat masa ini penjara ne-geri Sarawak sedang berusaha membuat persiapan bagi menerima kumpulan pertama sekurang-kurangnya 30 orang dari Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangsih Kuih Raya kepada tujuh agensi keselamatan dan badan beruniform di Mes Pegawai Kanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.

Mengulas lanjut mengenai sekolah berkenaan, Abdul Kadir berkata Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo akan menggunakan sistem Bostral seperti di Sekolah Henry Gurney di tempat lain di negara ini.

Sistem Bostral adalah sistem yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara Malaysia bagi membentuk sikap keperibadian dan bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah kesempurnaan kehidupan bermasyarakat, sejahtera serta produktif kepada negara.

Beliau menambah, memandangkan Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo masih di peringkat awal, maka hanya pesalah juvana lelaki dipindahkan ke sini manakala pesalah juvana wanita masih ditempatkan di Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu.

“Berdasarkan maklumat yang kami (Jabatan Penjara Sarawak) terima, terdapat kira-kira 60 pesalah juvana berasal dari Sarawak ditahan di (Sekolah Henry Gurney) Keningau tetapi yang pertama ini dengan kapasiti agak terhad kerana masih di peringkat awal kita hanya mampu membawa balik setakat 30 orang,” jelasnya.

Tambah Abdul Kadir lagi, jumlah penghuni sekolah itu akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan peruntukan diterima pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu Fatimah ketika berucap pada majlis itu memberitahu, tahun ini kementeriannya menyedia-kan 6,000 bungkusan kuih raya untuk diagihkan kepada PRDM, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jabatan Penjara Sarawak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

“Enam ribu bungkusan kuih raya ini membabitkan peruntukan RM100,000 daripada kerajaan negeri. Ini adalah tanda terima kasih kerajaan dan rakyat atas jasa juga pengorbanan anggota keselamatan menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.

“Ketika semua orang ber-gembira dan menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti, mereka ini akan bertugas sama ada di perbatasan atau sebaliknya demi negara dan bangsa,” katanya.
Menurut Fatimah lagi, penyediaan kuih dan biskut raya kali ini melibatkan 11 pertubuhan wanita, antara-nya Pergerakan Wanita PBB Samariang, Pergerakan Wanita PBB Satok, Dewa-nita DUBS, Persatuan Ibu Tunggal Sarawak, Persatuan Keluarga Polis, Badan Kebajikan Angkatan Tentera dan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Pengarah Jabatan Wanita dan Keluaga Sarawak Noriah Ahmad, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman serta isteri Datin Seri Wan Sufiah Wan Salim dan Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad. - UB
Sekolah Henry Gurney Sarawak Beroperasi Mulai 1 Oktober Sekolah Henry Gurney Sarawak Beroperasi Mulai 1 Oktober Reviewed by Salfian Nawawi on July 02, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.