Seo Services

Elakkan Pembakaran Terbuka, Pastikan Tanah Tidak Diceroboh


KUCHING: Semua pihak dinasihati tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam kenyataan yang disiarkan dalam portal rasminya semalam menjelaskan, ia sama ada untuk tujuan tertentu atau tidak sengaja.

Berdasarkan siasatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada tahun ini sehingga 20 September 2015, sebanyak 3,371 kes pembakaran terbuka telah dikesan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu pembakaran terbuka melibatkan kawasan hutan (585 kes), kawasan pertanian (1,185), kawasan industri (19 kes), kawasan pembinaan (65 kes), tapak pelupusan sampah (93 kes), kawasan belukar (680 kes) dan pembakaran terbuka lain yang kecil (744).

“Bagi tindakan penguatkuasaan untuk tempoh yang sama, sebanyak 25 kes pembakaran terbuka telah dikenakan kompaun dan 15 kes telah dikeluarkan Notis Arahan dan 41 kes telah dikeluarkan Surat Arahan,” menurut kenyataan kementerian.

Selain itu sebanyak 18 kes pembakaran terbuka telah disediakan kertas siasatan untuk diambil tindakan mahkamah.

Menurut Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. - UB



Elakkan Pembakaran Terbuka, Pastikan Tanah Tidak Diceroboh Elakkan Pembakaran Terbuka, Pastikan Tanah Tidak Diceroboh Reviewed by uMieySurianie on September 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.