Seo Services

IPU Di Seluruh Sarawak Menurun


KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini mencatat sedikit penurunan iaitu pada tahap sederhana di kesemua bahagian setakat jam 4 petang, semalam.

Penurunan bacaan itu juga dicatat sederhana di tiga kawasan yang sebelum ini antara IPU tertinggi seperti Samarahan, Kuching dan Sri Aman, yang pernah mencapai tahap tidak sihat tiga hari lepas (Selasa).

Bagaimanapun semalam, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 4 petang bahagian Samarahan antara yang tertinggi iaitu pada tahap IPU 92 atau sederhana berbanding IPU 96 pada jam 1 petang, semalam.

Begitu juga bahagian Sarikei yang mencatat bacaan IPU 93 pada jam 1 petang namun menurun kepada IPU 87 (4 petang) diikuti Kuching IPU 85 (4 petang) yang menurun daripada IPU 90 pada jam 1 petang.

Sementara itu bahagian lain setakat jam 4 petang, Sibu mencatat IPU 74, Sri Aman (61), Bintulu (67), Miri (62), Kapit (57) dan Limbang (56).

Sementara itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui kenyataan yang dikeluarkan dalam portal rasmi semalam menyebut bahawa bacaan IPU yang direkodkan di seluruh negara setakat jam 12 tengah hari semalam, tujuh kawasan mencatat kualiti udara pada tahap baik.

Manakala 42 kawasan pula mencatat tahap sederhana dan tiga kawasan kesemuanya di Johor mencatat IPU tidak sihat.

Kawasan berkenaan ialah Pasir Gudang dengan IPU 125 diikuti Larkin (115) dan Kota Tinggi (103).

Bacaan IPU dikategorikan baik untuk 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300). - UB





IPU Di Seluruh Sarawak Menurun IPU Di Seluruh Sarawak Menurun Reviewed by uMieySurianie on September 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.