KUCHING: Mesyuarat antara Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama rakan sejawatnya dari Indonesia yang dijadualkan berlangsung semalam ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan.
Wan Junaidi menerusi kenyataan akhbar di sini semalam memberitahu, mesyuarat sepatutnya membincangkan isu berkaitan jerebu dan menandatangani perjanjian persefahaman disebabkan keadaan jerebu yang melibatkan beberapa kawasan di Indonesia yang semakin buruk malah telah diisytiharkan sebagai kawasan darurat.
Malah menurutnya, menteri Indonesia yang bertanggungjawab yang dijadual bertemu dengan beliau pada mesyuarat itu telah terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan ke kawasan yang telah diisytiharkan darurat.
Justeru, Wan Junaidi menjelaskan bahawa tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan pada masa yang belum ditetapkan. - UB
Mesyuarat Tentang Jerebu Ditangguh
Reviewed by uMieySurianie
on
September 25, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 25, 2015
Rating:

No comments: