Seo Services

Nilaikan Pengorbanan Kita Demi Kelangsungan Kejayaan Sarawak


KUCHING: Rakyat Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa digesa menilai kembali pengorbanan yang telah dilakukan demi kelangsungan kejayaan negeri ini.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dalam ucapan Hari Raya Aidiladha dalam laman sosial Facebooknya semalam.

Beliau memberitahu, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban merupakan satu perayaan utama bagi masyarakat Islam di seluruh dunia untuk masyarakat Islam menilai kembali kesediaan untuk berkorban demi kebaikan semua.

Menurutnya, tiada kejayaan tanpa pengorbanan dan untuk meraih kejayaan yang besar, ia menuntut komitmen semua pihak.

“Binatang korban yang disembelih adalah lambang perkongsian nikmat hasil pengorbanan dan daging sembelihan korban bukan hanya untuk diagihkan kepada yang miskin ia juga dihadiahkan kepada yang berada (kaya).

“Ia juga bukan hanya dinikmati oleh yang Muslim tetapi juga dikongsikan dengan yang bukan Islam. Inilah semangat pengorbanan yang diajar oleh Islam.

“Oleh itu, marilah kita semua rakyat Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa sempena Hari Raya Korban ini sama-sama menilai kembali pengorbanan kita untuk melihat negeri Sarawak sentiasa berjaya,” katanya.

Adenan memberitahu, menilai kembali pengorbanan yang telah dilakukan penting demi kelangsungan kejayaan dan masa depan generasi akan datang.

Sementara itu, sambutan Hari Raya Aidiladha di sekitar bandar raya ini semalam dirai dengan meriah meskipun keadaan cuaca masih berjerebu.

Masyarakat Islam mula berkumpul di masjid di sekitar bandar raya ini seawal jam 7 pagi untuk menunaikan solat sunat Aidiladha berjemaah.

Malah, selepas menunaikan solat sunat Aidiladha, masyarakat Islam berkumpul di tempat lapang untuk melaksanakan ibadah korban yang dijalankan secara bergotong-royong. - UB

Nilaikan Pengorbanan Kita Demi Kelangsungan Kejayaan Sarawak Nilaikan Pengorbanan Kita Demi Kelangsungan Kejayaan Sarawak Reviewed by uMieySurianie on September 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.