PUTRAJAYA: Keadaan jerebu yang semakin buruk pagi tadi menjejaskan beberapa acara sukan yang sudah dirancang di Putrajaya.
Acara World Tourism Day Fun Ride yang diadakan sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2015 Peringkat Putrajaya pada jam 8 pagi tadi hanya dihadiri oleh kira-kira 400 peserta daripada 700 yang mendaftar.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Hasim Ismail, berkata acara itu tetap diteruskan memandangkan peserta menunjukkan semangat untuk meneruskan kayuhan.
"Kita harap semua 700 peserta dapat hadir tetapi disebabkan oleh jerebu sasaran itu tak tercapai. Kita juga menggalakkan peserta memakai topeng muka sebagai langkah berjaga-jaga," katanya kepada pemberita selepas tamat acara kayuhan di Dataran Putra, di sini, hari ini.
Selain itu, katanya satu lagi acara, Mizuno Wave Run 2015 yang dijadualkan berlangsung awal pagi tadi di Dataran Putrajaya, Presint 3 terpaksa ditangguhkan akibat jerebu.
Wakil penganjur World of Sports Malaysia dalam laman Facebooknya menjelaskan acara itu pada awalnya dibatalkan namun selepas mengambil kira permintaan peserta, ia ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
"Kehadapan peserta, penganjur ingin meminta maaf atas pembatalan Mizuno Wave Run 2015 berikutan jerebu. Seperti yang diminta peserta, kami memutuskan untuk menangguhkan acara ini," kata World of Sports Malaysia. Setakat 10 pagi ini, Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 197. - BERNAMA
Jerebu Jejas Acara Sukan Di Putrajaya
Reviewed by uMieySurianie
on
September 27, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 27, 2015
Rating:

No comments: