Seo Services

Jerebu: Tujuh Penerbangan Terjejas Di KIA


KUCHING: Tujuh penerbangan membabitkan 668 penumpang terjejas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) akibat jerebu di bandaraya itu.

Pengurus Kanan KIA, Mohd Nadzim Hashim berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, tujuh penerbangan membabitkan dua penerbangan keluar dengan 448 penumpang dan lima penerbangan masuk membabitkan 220 penumpang terjejas.

Mohd Nadzim berkata syarikat penerbangan yang terjejas membabitkan syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan AirAsia, penerbangan antara Sibu dan Kuching serta Bintulu dan Kuching. 

"Jarak penglihatan di KIA serendah 800 meter pagi ini sebelum meningkat 900 pada sebelah tengah hari.

"Semua penumpang pesawat di KIA dinasihat untuk memeriksa jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing sebelum menuju ke lapangan terbang, khuatir jika berlaku sebarang gangguan," katanya.

Sementara itu menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, IPU Sri Aman merekodkan bacaan tidak sihat iaitu 116, yang tertinggi di negeri ini, diikuti Kuching yang merekodkan bacaan sederhana, 96, Samarahan 90, Sarikei 85 dan Sibu bacaan 74. -BERNAMA

Jerebu: Tujuh Penerbangan Terjejas Di KIA Jerebu: Tujuh Penerbangan Terjejas Di KIA Reviewed by uMieySurianie on September 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.