Seo Services

Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti Rabies


PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan mengesahkan setakat kini tiada seorang pun rakyat di negara ini yang positif dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies.

Menteri Kesihatan,‎ Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, hanya 12 orang di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang disahkan digigit oleh anjing yang mempunyai penyakit rabies.

“Walau bagaimanapun, pihak kementerian sentiasa memantau keadaan 12 orang tersebut dengan memberikan rawatan sewajarnya seperti mana garisan panduan dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN
Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti Rabies Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti Rabies Reviewed by Unknown on September 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.