BETONG: Seorang pemandu kereta jenis Proton Persona ditemui rentung terperangkap dalam keretanya selepas kenderaan yang dipandunya merempuh sebatang pokok di RPR Jalan Berbangai disini awal pagi tadi.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 1.30 pagi itu, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar.
Seramai 11 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan insiden tersebut. Anggota bomba mengambil masa hampir setengah jam untuk memadamkan kebakaran.
Sehingga berita ini ditulis, mayat mangsa yang masih belum dikenalpasti identitinya dihantar ke Hospital Betong untuk dibedah siasat dan kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk siasatan selanjutnya.-Sarawakiana
Pemandu Rentung Kereta Rempuh Pokok
Reviewed by Unknown
on
September 22, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 22, 2015
Rating:

No comments: