Seo Services

Polis Tahan Petugas Di IPK Sarawak, Suspek Kes Rompak Kedai Emas


KUCHING : Polis menahan seorang lelaki berumur 30 tahun awal hari ini yang disyaki terbabit dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Carpenter di sini tiga hari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata siasatan mendapati suspek bekerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Jalan Badaruddin di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 Sabtu lepas, suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh merempuh masuk kedai emas itu lalu melarikan sejumlah barang kemas bernilai kira-kira RM20,000 selepas memecahkan kaca ruang pameran kedai.

Katanya suspek yang cedera di tangan kanannya semasa melakukan rompakan, kemudian melarikan diri dengan membonceng motosikal rakannya yang menunggu di luar kedai.

"Kira-kira pukul 6 pagi ini, sepasukan polis dari unit D9 Jabatan Siasatan Jenayah diketuai DSP Sarifuddin Mustaffa menahan suspek di kediamannya di Petrajaya dan menemui semua barang kemas tersebut," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Dev Kumar berkata polis turut menemui sehelai baju yang mempunyai kesan darah, dipercayai dipakai suspek semasa melakukan rompakan.

Beliau berkata polis akan menghantar unit penyelam ke sebuah tasik di Petrajaya di sini untuk mencari sepana yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu.

"Kami menganggap kes ini berprofil tinggi kerana rompakan kedai emas jarang-jarang sekali berlaku di Sarawak," katanya. - BERNAMA
Polis Tahan Petugas Di IPK Sarawak, Suspek Kes Rompak Kedai Emas Polis Tahan Petugas Di IPK Sarawak, Suspek Kes Rompak Kedai Emas Reviewed by Unknown on September 22, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.