![]() |
gambar hiasan |
KUCHING: Seramai 24 orang wanita warga asing yang dipercayai bekerja tanpa permit di pusat hiburan dan reflexology di Bandaraya ini diberkas polis dalam "Ops Noda" semalam.
Ketika dihubungi sebentar tadi, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, sepasukan polis dari CID Daerah Kuching telah melancarkan "Op Noda" dan membuat empat serbuan di empat lokasi yang berlainan di dalam Kuching.
"Ops tersebut menyaksikan seramai 20 orang wanita warganegara China diberkas dan setelah semakan dokumen perjalanan, 11 orang ditahan untuk siasatan lanjut," katanya lagi.
Roslan menjelaskan, dalam ops yang sama, empat wanita warganegara Filipina juga turut ditahan bagi siasatan lanjut.
"Operasi yang bertujuan untuk mengesan pekerja-pekerja warganegara negara asing yang bekerja di pusat hiburan dan melanggar syarat-syarat permit kerja Jabatan Imigresen bermula dari jam 11:00pm."
"Diantara tempat yang diserbu polis adalah sebuah pusat hiburan dan tiga pusat reflexology," katanya lagi sambil menambah, seorang lelaki tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjaga di salah satu permis yang diserbu berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen."
"Operasi ini akan dipergiatkan lagi untuk mengesan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan permit kerja, khususnya di Daerah Kuching," tegas Roslan lagi.
Polis Tahan 20 Warga Asing Dalam "Ops Noda" Di Kuching
Reviewed by Unknown
on
September 28, 2015
Rating:
![Polis Tahan 20 Warga Asing Dalam "Ops Noda" Di Kuching](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsKXrzvp3rpdqucDrPogdhlZmtUt34Bqj31HRwz5wTSjtZTMI38VmuJeuvpBwcHPcW40rDd8ZABAPkmSTp-3bYD8CFI-U8jEcVGEPtyI4EUJMHItuBItURTKLRMTTgyCUO6kYlWScSbhE/s72-c/noda.jpg)
No comments: