Seo Services

Seminar NBES Tingkatkan Globalisasi Ekonomi PKS


KUCHING : Globalisasi kegiatan ekonomi memberi impak yang berganda ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS ) untuk mewujudkan peluang yang baru dan bergerak ke dalam pasaran yang baharu di negara kita.

Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari berkata, dunia tanpa sempadan telah membawa globalisasi ekonomi yang kita hadapi sekarang di mata dunia.

“Usahawan Bumiputera kita harus berusaha untuk lebih berdaya saing dalam pasaran global transformasi yang stabil dan inovasi,”

“Untuk menjadi sebuah negara maju, semua industri termasuk Sektor Kecil dan Sederhana Negara perlu bertindak secara keseluruhannya untuk mencapai daya saing global,”

Beliau berkata sedemikian semasa berucap pada Seminar ‘The Third National Business & Economic Seminar (NBES)’ di Hotel Riverside Majestic, Kuching pagi tadi.

Tambah beliau, seminar ini adalah bukti satu usaha yang berterusan untuk meningkatkan ekonomi negara, terutamanya dengan mengalakkan penyertaan aktif usahawan Bumiputera melalui Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejajar dengan tema seminar “Meningkatkan Ekonomi melalui Penyertaan Bumiputera aktif dalam PKS".

“Saya percaya ini adalah tanggungjawab bersama semua peserta dalam kegiataan ekonomi, bukan sahaja kerajaan dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dalam PKS,” katanya.

Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia dijangka akan menyumbang 41% keluaran domestik dalam Negara menjelang tahun 2020 berbanding 33.1% pada tahun 2014.

“Oleh itu, saya menyeru kepada anda semua dan lain-lain di luar sana untuk mengambil peranan yang lebih luas dan lebih aktif untuk meningkatkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam PKS,” tambahnya lagi.

Beliau berkata, penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi masih rendah di mana hanya 27.6% atau 283.200 daripada jumlah 102,6100 buah syarikat milik Bumiputera yang berdaftar.

“Usaha juga sedang dijalankan untuk mengukuhkan usahawan bumiputera disamping meningkatkan penyertaan usahawan kecil bumiputera dalam 12 NKEAs,” jelas beliau. -Sarawakiana
Seminar NBES Tingkatkan Globalisasi Ekonomi PKS Seminar NBES Tingkatkan Globalisasi Ekonomi PKS Reviewed by uMieySurianie on September 28, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.