![]() |
| Foto: Hazim Mohammad |
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan sehingga kini, masih belum ada jemaah haji Malaysia terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina.
Asyraf Wajdi dalam satu kenyataan berkata, rempuhan itu baru saja berlaku dan pihak Tabung Haji (TH) sedang menjalankan operasi mengesan jemaah haji Malaysia.
"Setakat ini, tiada lagi mangsa, tetapi masih belum dapat disahkan secara rasmi. Kejadian baru saja berlaku.
"Kejadian bukan berlaku di tempat melontar jamrah tetapi berlaku di laluan pejalan kaki antara khemah yang didirikan di sini," katanya yang ketika ini masih berada di Makkah. - BH
Tiada Jemaah Haji Malaysia Terbabit Dalam Kejadian Rempuhan Di Mina
Reviewed by uMieySurianie
on
September 24, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 24, 2015
Rating:

No comments: