Dengan berbekalkan pengalaman selama 25-tahun sebagai seorang photojournalist, Zulazhar Seblee berjaya mengalahkan 386 orang pengamal jurugambar amatur dan professional dalam Pertandingan Canon PhotoMarathon 2015 Kuching Edition baru-baru ini.
Canon PhotoMarathon 2015 Kuching Edition, yang diadakan julung kalinya di Sarawak menyaksikan para peserta diberi tiga tugasan/tajuk berbeza; Natural, Hide and seek dan Weather dalam tempoh enam jam.
Gambar-gambar yang dirakam oleh Zulazahar atau nama timangannya "Apai", yang kini bertugas sebagai seorang photojournalist suratkhabar The Star dikira dari segi jumlah kiraan keseluruhan mata dari ketiga-tiga gambar beliau.
Zulazhar membawa pulang hadiah berjumlah RM35,000 iaitu; pakej lapan hari workshop di Jepun-semua perbelanjaan ditanggung bernilai USD$ 5,000, Camera Canon 5D Mark 3 serta lens 24-70is bernilai RM14,199, bag scan disk, hard disk, tripod, langganan majalah setahun bernilai RM2,000.
Ketika ditanya Berita Sarawak mengenai kejayaannya, Zulazhar, 44-tahun berkata, pengalaman sebagai photojournalist memberi kelebihan kepadanya mencipta gambar-gambar yang boleh memikat hati juri.
"Saya menggunakan human interest dalam setiap gambar saya terutama dalam tema Natural dan Hide and seek."
"Syukur Alhamdulillah. Kerana kemenangan ini. Ini merupakan kemenangan terbesar dalam hidup saya setakat ini. Saya seorang jurugambar. Sebab itu merakam serta melakukan semuanya didalam kamera seperti croping dan teknik menghasilkan gambar tanpa editing merupakan rutin kerja sebagai photojournalist."
Ditanya sekiranya ada nasihat bagi mereka yang mengemari jurusan photografi ini, beliau berkata, merakam gambar dengan sedikit editing di komputer merupakan satu salah satu skill jurugambar asli.
"Jika mengambil gambar kemudian mengedit dalam komputer. Mereka ini digelar Photografik bukannya photographer."
"Terima kasih pada pensyarah M. I. T photo yang memberkati ilmu yang mereka ajar selama ini ... Kaum keluarga teman wanita .. serta kawan kawan serta The Star, Utusan Malaysia dan SPPA yang memberi sokongan selama saya dalam kerjaya ini," kata Zulazhar lagi. - BS
Zulazhar, Photojournalist Sarawak Pertama Menangi Canon PhotoMarathon
Reviewed by uMieySurianie
on
September 23, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
September 23, 2015
Rating:




tahniah!!
ReplyDelete