Seo Services

Zahid Tiba Di Kota Samarahan

Foto: BERNAMA

KOTA SAMARAHAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi tiba di Masjid Al Muttaqin, di sini bagi menghadiri program korban bersama rakyat. Ia sebahagian daripada program sempena lawatan kerja beliau ke negeri ini bermula hari ini.

Ketibaan Zahid disambut Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg sebagai mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Zahid dijadual bersolat Maghrib dan Isyak bersama penduduk setempat sebelum merasmikan Festival Kek Bulan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) 2015 di Taman Sahabat China-Malaysia, Jalan Song jam 8.30 malam ini.

Ini adalah lawatan kedua Zahid ke Sarawak selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet, 28 Julai lalu.

Esok, beliau dijadual mengadakan pertemuan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sarawak di hotel penginapannya, khusus bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) yang semakin hampir.

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri kemudian akan menyaksikan Festival Sarawak 2015 di Tebingan Kuching, seterusnya menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Kerangas Baru dan Kampung Terbat Leban, Serian sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - BH

Zahid Tiba Di Kota Samarahan Zahid Tiba Di Kota Samarahan Reviewed by uMieySurianie on September 25, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.