Seramai 279 jemaah Haji yang sebahagiannya dari Kuching dan sebilangan besar dari luar Kuching selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang tadi dengan menggunakan pesawat MH8217 Penerbangan KT18 dari Jeddah, Mekah,
Ketibaan mereka pada jam 5.00 petang tadi disambut oleh Datuk Haji Daud Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam).
Turut menyambut ketibaan mereka juga ialah Datu Haji Putit bin Matzen, Yang diPertua Majlis Islam Sarawak, Imam Besar Negeri Sarawak, Datu Jorgi Suhaili serta beberapa pengurusan tertinggi Tabung Haji.
Jumlah keseluruhan jemaah haji bagi Negeri Sarawak untuk Musim Haji 1436H adalah seramai 555 orang.
Seramai tiga jemaah haji dari Sarawak telah meninggal dunia di Makkah pada musim haji kali, iaitu Suhai Bin Abang, Sa’amah Binti Latip masing-masing dari Kuching dan Abu Bakar Bin Kasip dari Sri Aman.
Penerbangan kedua pula dijangka akan tiba pada 14 Oktober nanti dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines Berhad. - Sarawakiana
279 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Sarawak Selamat Tiba
Reviewed by Unknown
on
October 09, 2015
Rating:
No comments: