Seo Services

Malaysia Bantu Indonesia Padam Kebakaran Hutan


KUCHING: Malaysia akan menghantar bantuan bagi membantu Indonesia memadam kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu di negara itu termasuk Singapura.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Presiden Joko Widodo telah memohon bantuan daripada Singapura, Malaysia, Rusia dan Jepun untuk membantu memadam kebakaran hutan di negara itu.

“Singapura telah menyatakan persetujuan menghantar bantuan ke Indonesia dari segi aset pesawat yang mampu membawa muatan air lebih banyak bagi memadam api di kawasan kebakaran.

“Kita di Malaysia juga menyambut baik permintaan Presiden Joko Widodo dan kita mempunyai kemampuan untuk dari segi aset pesawat untuk dihantar ke Indonesia bagi membantu operasi memadam ke-bakaran hutan.

“Bagaimanapun dari segi bilangan unit yang akan dihantar hanya akan diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mesyuarat di ibu negara petang ini (semalam),” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu Junaidi merasmikan penutupan Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan Sarawak Kedua anjuran Institut Kepimpi-nan dan Strategi Asian (ASLI) di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Junaidi pada sidang media itu semalam turut memberi peringatan kepada semua negeri di Malaysia terutama yang memiliki hutan supaya berjaga-jaga dengan fenomena El-Nino yang dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun hadapan.

Berikutan itu, beliau menasihatkan semua masyarakat terutama penggiat industri supaya mengelak daripada melakukan kebakaran hutan secara besar-besaran atau haram bagi mengelak daripada kejadian kebakaran yang boleh menjejaskan lagi alam sekitar.

Ketika ini katanya tahap jerebu di negara semakin bertambah baik kesan daripada tiupan angin yang bertukar arah sekali gus mengurangkan penyebaran asap kebakaran dari Indonesia yang menyebabkan jerebu di negara ini. - UB



Malaysia Bantu Indonesia Padam Kebakaran Hutan Malaysia Bantu Indonesia Padam Kebakaran Hutan Reviewed by uMieySurianie on October 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.