Seo Services

Anggota ASEAN Sedia Kongsi Maklumat Risik Bagi Tangani Keganasan Militan


BEIJING: Kesemua 10 negara anggota ASEAN secara kolektif menyatakan kesediaan mereka untuk menangani ancaman daripada kumpulan militan IS, termasuk berkongsi maklumat risik, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkongsian maklumat risik merupakan perkara penting dan ia melibatkan insiden yang mungkin berlaku setiap minggu.

Katanya kerjasama seperti itu penting bagi mengetahui punca pengeboman di Bangkok, siapa yang terlibat dan bagaimana ia mungkin boleh menular ke negara lain di rantau ini.

"Tumpuan turut diberi kepada IS dan bagaimana warga negara kita sendiri di tiap-tiap negara di Asean buat perjalanan ke Iraq atau Syria.

"Lebih penting lagi apa akan berlaku apabila mereka kembali ke rantau kita, tidak semestinya negara asal tetapi mungkin kembali ke kawasan yang boleh menerima militan di rangkaian tertentu di rantau ini," katanya. - BERNAMA
Anggota ASEAN Sedia Kongsi Maklumat Risik Bagi Tangani Keganasan Militan Anggota ASEAN Sedia Kongsi Maklumat Risik Bagi Tangani Keganasan Militan Reviewed by uMieySurianie on October 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.