Seo Services

#Bajet2016 : MOF Bagi Fokus Baharu Untuk Kukuh Eksport


KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memberi tumpuan baharu ke atas eksport bagi mengukuhkan lagi sektor luar negeri itu, yang seterusnya akan meningkatkan daya tahan ekonomi domestik.

Menurut Laporan Ekonomi 2015/2016 oleh MOF hari ini, tumpuan itu bakal menyediakan peluang pekerjaan, menjana pertukaran mata wang asing, meningkatkan penggunaan teknologi serta kesejahteraan rakyat.

"Ekonomi yang menyeluruh juga merupakan penampan terhadap kejutan ekonomi," katanya.

MOF menerusi penubuhan Majlis Eksport Negara (NEC) mengenal pasti enam strategi untuk mengukuhkan prestasi eksport, termasuk menambah baik ekosistem prestasi eksport, menjalankan aktiviti perdagangan dengan China dan memaksimumkan peluang dalam kalangan Asean dan pasaran baharu.

Menurut laporan MOF itu, NEC merupakan pelengkap strategi dan pelan tindakan yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020) bagi mencapai sasaran eksport barangan sebanyak RM974.6 bilion dan perkhidmatan sebanyak RM195.9 bilion menjelang 2020 (2014:RM765.4 bilion; RM137.3 bilion).

Usaha juga akan dipergiat untuk menggalakkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada pertumbuhan eksport sebanyak 23 peratus pada 2020 (2014:17.8 peratus).

"Bidang eksport utama yang dikenal pasti berdasarkan potensi nilai ditambah yang tinggi, yang juga sektor tumpuan, termasuk elektronik dan elektrik, jentera dan kelengkapan, petrokimia selain komponen dan kelengkapan automotif," kata MOF. - Bernama
#Bajet2016 : MOF Bagi Fokus Baharu Untuk Kukuh Eksport #Bajet2016 : MOF Bagi Fokus Baharu Untuk Kukuh Eksport Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.