Seo Services

#Bajet2016 : Peniaga Jadi Lebih Patuh Cukai Di Bawah Sistem GST


KUALA LUMPUR - Peningkatan jumlah pendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) termasuk pendaftaran secara sukarela memberi petunjuk positif bahawa perniagaan lebih patuh cukai kerana mula menyedari manfaat daripada pendaftaran di bawah sistem GST.

Sejumlah 390,378 entiti perniagaan berdaftar di bawah GST pada September tahun ini berbanding 300,811 pendaftaran wajib berakhir pada 31 Dis, 2014, demikian menurut Kementerian Kewangan dalam Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Jumaati.

Laporan itu dikeluarkan bersempena pembentangan Bajet 2016 pada hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat.

Menurut laporan itu, di bawah pakej bantuan GST, kerajaan telah menyediakan pakej bantuan dalam bentuk cukai dan bukan cukai untuk membantu perniagaan dan pengguna termasuk pemberian geran RM1,000 untuk perusahaan kecil dan sederhana bagi pembelian perisian perakaunan patuh GST dan bantuan tunai secara sekali sebanyak RM300 kepada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Pertambahan bilangan pendaftar GST secara tidak langsung, kata kementerian itu, meningkatkan potensi hasil yang akan dijana berikutan sebahagian daripada perniagaan ini tidak termasuk di bawah sistem pencukaian terdahulu.

GST dilaksanakan pada 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).

Sistem percukaian baharu ini mempermudah sistem cukai terdahulu yang mempunyai pelbagai kadar dan threshold jualan tahunan kepada satu kadar iaitu enam peratus dan threshold jualan tahunan sebanyak RM500,000 bagi perniagaan.

-- BERNAMA
#Bajet2016 : Peniaga Jadi Lebih Patuh Cukai Di Bawah Sistem GST #Bajet2016 : Peniaga Jadi Lebih Patuh Cukai Di Bawah Sistem GST Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.