Seo Services

#Bajet2016 : RM29.2 Bilion Pembangunan Di Sabah, Sarawak


KUALA LUMPUR - Sejumlah RM29.2 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak di bawah Bajet 2016 bagi melaksanakan pelbagai agenda pembangunan di kedua-dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini, berkata antara langkah akan dilaksana ialah mengecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan pengangkutan penumpang udara domestik kelas ekonomi bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar di Sabah, Sarawak dan Labuan pada 2016.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata ini kerana pengangkutan udara merupakan antara mod utama pengangkutan penduduk di wilayah-wilayah itu.

Beliau turut mengumumkan sebanyak RM70 juta akan disediakan melalui Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama kerajaan Sabah dan Sarawak bagi pinjaman tanpa faedah untuk tujuan membina rumah panjang dengan had pinjaman RM50,000 untuk setiap unit rumah panjang.

"RM70 juta sebagai subsidi baja padi huma akan disediakan untuk meningkatkan bekalan makanan dan pendapatan penanam padi huma, meliputi kawasan seluas 65,000 hektar di Sarawak dan 11,000 hektar di Sabah," katanya. - Bernama
#Bajet2016 : RM29.2 Bilion Pembangunan Di Sabah, Sarawak #Bajet2016 : RM29.2 Bilion Pembangunan Di Sabah, Sarawak Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.