Seo Services

BMW Perkenal SAV Generasi Kedua Di Malaysia


KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia hari ini memperkenalkan model kompak premium Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) baharu generasi kedua, BMW X1 sDrive 20i bagi pasaran negara ini.

Model itu menggunakan enjin 2.0 L yang dilengkapi dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 192 hp dan tork puncak 280 Nm.

Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam tempoh masa 7.7 saat dengan kelajuan maksimum 225 km/j.

Purata penggunaan bahan api ialah 5.9 liter bagi setiap 100 kilometer, manakala pelepasan CO2 adalah sekitar 136 gram setiap kilometer.

Harga jualan runcit ialah RM279,800 tidak termasuk insurans dan mempunyai Jaminan Perbatuan Tanpa Had BMW Malaysia selama lima tahun dan Program Servis Berjadual Percuma BMW X1 sDrive20i. - BH

BMW Perkenal SAV Generasi Kedua Di Malaysia BMW Perkenal SAV Generasi Kedua Di Malaysia Reviewed by uMieySurianie on October 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.