Seo Services

Jakim Saran Solat Hajat Di Seluruh Negara Mohon Jerebu Tidak Berpanjangan


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan semua masjid dan surau seluruh negara mengadakan solat Hajat bagi mendoakan masalah jerebu yang melanda negara tidak berpanjangan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini menyarankan pelaksanaan solat Hajat itu diadakan selepas solat Jumaat, esok.

“Jakim mengambil inisiatif melalui Masjid-masjid utama Jakim iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin serta seluruh masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan solat Hajat yang akan diadakan pada 9 Okt, selepas solat Jumaat,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh negara turut sama mengadakan Solat Hajat pada tarikh dan masa yang dinyatakan di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan agensi masing-masing. - BERNAMA
Jakim Saran Solat Hajat Di Seluruh Negara Mohon Jerebu Tidak Berpanjangan Jakim Saran Solat Hajat Di Seluruh Negara Mohon Jerebu Tidak Berpanjangan Reviewed by uMieySurianie on October 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.