KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di seluruh negara terus bertambah baik dengan kebanyakan kawasan secara konsisten merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan baik sejak 6 hingga 9 pagi ini.
Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 9 pagi, 29 kawasan merekodkan IPU sederhana. Shah Alam merekodkan bacaan IPU 88, Nilai (86), Pelabuhan Klang dan Batu Muda (81) dan Langkawi (75).
Beberapa kawasan lain seperti Alor Star, Seri Manjung, Petaling Jaya, Banting dan Putrajaya pula merekodkan bacaan IPU sederhana 74.
Sementara itu, 15 kawasan terutama di Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU baik antara 21 dan 50.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA
Jerebu: Kualiti Udara Seluruh Negara Bertambah Baik
Reviewed by uMieySurianie
on
October 08, 2015
Rating:
No comments: