KUALA LUMPUR: Projek Perintis Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berwajah baharu akan dilaksanakan 17 Oktober ini, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menteri Pertahanan berkata, projek perintis selama dua bulan itu akan diadakan Kem Princess Haliza di Sepang dekat sini. "Sehingga kini, seramai 410 pelatih memberikan maklum balas bagi menyertai projek ini.
"Daripada jumlah itu, 101 orang menyatakan persetujuan untuk menyertai selepas menerima surat tawaran Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) manakala 309 yang lain menawarkan diri secara sukarela," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi Transformasi PLKN di sini, sebentar tadi.
Mesyuarat bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin itu turut disertai wakil Unit Pengurusan, Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.
Projek perintis berkenaan adalah bagi menguji keberkesanan Fasa 1 iaitu Model Pembelajaran Bersepadu dan Fasa 2, Latihan Kemahiran. - BH
Projek Perintis Transformasi PLKN Berwajah Baharu 17 Oktober
Reviewed by uMieySurianie
on
October 08, 2015
Rating:
No comments: