Seo Services

Jalan Pesisir Harus Diberi Perhatian


KUCHING : Kerajaan harus memberi perhatian penuh kepada perhubungan jalan pesisir selain daripada Lebuhraya Pan Borneo.

ADUN Sadong Jaya YB Ir Aidil Lariwoo menjelaskan bahawa taklimat bersama Kementerian Kerja Raya lebih kepada Rancangan Malaysia ke 10 Kementerian Kerja Raya dan projek Rancangan Malaysia ke 11 serta lebih menumpu kepada Pan Borneo.

"Memandangkan populasi kepadatan penduduk lebih tertumpu di pesisir, maka perlu dititik berat pembangunan pesisir," kata Aidel.

"Pembangunan jalan penghubung penempatan pesisir harus disegerakan selari dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo," tambah Aidel lagi.

Aidel menegaskan apa yang mereka sebagai wakil rakyat minta adalah pembangunan jalan penghubung kawasan pesisir seperti jalan dan jambatan begitu penting sekali dan ia perlu disegerakan.

Justeru Aidel berkata, jalan dan jambatan untuk menghubung kawasan pesisir dijangka menelan belanja sebanya RM 2.6 bilion dan ia merangkumi jalan seperti Jalan Seacom, Sungai Kilong ke Pueh sejauh 8km.

Jalan Selalang ke Jalan Tanjung Manis sejauh 30km. Jalan Kuala Serupai ke Jalan Kuala Tatau merangkumi jarak 10.5km.

Aidel menyatakan walaupun Jambatan Sadong dan Jambatan Samarahan sedang dalam proses pembinaan, terdapat 7 lagi Jambatan Utama perlu di ambil perhatian. Jambatan tersebut adalah Jambatan Batang Rambungan (600m) yang akan menelan belanja sebanyaRM 94 juta.

Jambatan Batang Lupar (7600m) pula mencecah RM1,183 juta. Jambatan Batang Saribas (2300m) dijangka mencecah kos RM358 juta. Jambatan Kuala Igan (1500m) pula dianggarkan RM250 juta. 

Jambatan Batang Paloh (1500m) berjumlah RM250 juta. Jambatan Muara Lassa (5340m) kosnya mencecah RM832 juta dan akhir sekali Jambatan Sungai Krian (700m) dijangkan RM110 juta.

Aidel hadir ke Taklimat bersama Kementerian kerjaraya bersama seluruh ADUN Sarawak di Pullman Kuching semalam. - Sarawakiana
Jalan Pesisir Harus Diberi Perhatian Jalan Pesisir Harus Diberi Perhatian Reviewed by Unknown on October 09, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.