Seo Services

Jerebu:Sekolah Perlu Maklumkan Kepada JPN Jika Teruskan Operasi

gambar hiasan

Pengendali sekolah perlu memaklumkan kepada pengarah pendidikan negeri masing-masing berhubung tindakan mereka meneruskan operasi, meskipun arahan penutupan telah dikeluarkan sejak Isnin lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penutupan operasi melibatkan semua jenis sekolah termasuk sekolah swasta.

Kata beliau, pihaknya telah menerima aduan terdapat beberapa sekolah swasta jenis aliran Cina di Kuching, Sarawak masih meneruskan sesi persekolahan sejak kelmarin meskipun kementerian telah mengarahkan penutupan berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara menunjukkan bacaan tidak sihat, bermula Isnin lalu.

"Sekolah berkenaan perlu menjelas dan memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak yang juga merangkap sebagai Pendaftar. Beliau boleh meluluskannya mengikut satu kes ke satu kes," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa sekolah swasta di negeri ini yang meneruskan jadual persekolahan seperti biasa biarpun arahan penutupan akibat jerebu telah dikeluarkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan penutupan sekolah di Bahagian Kuching dan Samarahan sejak Isnin hingga hari ini (19-22 Okt).

Ketika ditanya sama ada sebarang tindakan boleh diambil terhadap sekolah-sekolah berkenaan, Khair berkata kes berkenaan akan disemak.

"Oleh kerana semua sekolah di Kuching dan beberapa negeri lain akan dibuka esok, kes ini akan disemak dengan niat baik oleh JPN dan KPM," katanya.

-- BERNAMA
Jerebu:Sekolah Perlu Maklumkan Kepada JPN Jika Teruskan Operasi Jerebu:Sekolah Perlu Maklumkan Kepada JPN Jika Teruskan Operasi Reviewed by Unknown on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.