Seo Services

Kecewa Kerana Cinta, Jerut Leher Dengan Kabel PS2


Kegilaan remaja sekarang dalam bercinta amat membimbangkan kerana mereka dilihat begitu obses dengan perasaan sayang mereka kepada pasangan sehingga sanggup menamatkan riwayat hidup sendiri ataupun mencederakan diri sendiri.

Di laman Twitter, tersebar gambar seorang lelaki yang ‘frust’ bercinta dengan teman wanitanya dan kononnya cuba membunuh diri dengan menjerut lehernya.

Agak melucukan, dia menjerut lehernya dengan menggunakan kabel set permainan video Play Station 2 (PS2).

Lebih mencurigakan, gambar terakhir yang dikirim lelaki itu menggunakan aplikasi WeChat dilihat seakan sudah pun meninggal dunia tetapi boleh pula dia sendiri yang mengambil gambar berkenaan sesudah mati akibat membunuh diri.

Tidak diketahui apakah yang berlaku kepada lelaki berkenaan selepas menjerut lehernya.

Perbuatan akibat putus cinta itu mengundang kutukan dan kritikan para netizen lain ke atas dirinya yang disifatkan sebagai ‘bodoh’ dalam bercinta sehingga sanggup membunuh diri hanya kerana berlakunya masalah dalam perhubungan.

Kadangkala, memanglah perbuatan sebegini dianggap lucu oleh sesetengah pihak tetapi apabila semakin banyak perkara seperti ini muncul, ia akan membuatkan perlakuan psikologi golongan remaja dalam masyarakata semakin tidak sihat.

Fokus mereka yang sepatutnya belajar pada usia berkenaan telah berubah dalam mencari cinta dan ketenangan jiwa yang salah.

Adakah ahli keluarga, ibu bapa mereka terlalu sibuk sehinggakan gaya hidup anak tidak diambil peduli dan kisah sehingga berlaku pelbagai masalah di kemudian hari.

Penulis rasa, lelaki berkenaan hanya cuba mengacah kekasihnya agar segera kembali dan memujuknya supaya kembali bersama.

Pastinya, lelaki itu masih hidup dan berada dalam keadaan baik. - sumber
Kecewa Kerana Cinta, Jerut Leher Dengan Kabel PS2 Kecewa Kerana Cinta, Jerut Leher Dengan Kabel PS2 Reviewed by Unknown on October 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.