Seringkali kemalangan berlaku di Simpang Selalang hingga ke Bukit Sebangkoi. Walaupun tahap ketinggian jalan Bukit Sebangkoi telah direndahkan, namun kemalangan di tempat yang sama masih juga berlaku.
Melalui cerita mereka yang pernah melalui jalan tersebut, ada cerita misteri mereka ceritakan. Osman, 35 tahun berasal dari Sarikei menceritakan pernah mengalami peristiwa yang menakutkan apabila melalui simpang Selalang dan Bukit Sebangkoi untuk ke Kuching.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 malam dan hujan renyai-renyai turun. Ketika tiba di Simpang Selalang, beliau ternampak kelibat wanita berpakaian putih di Stesen bas sedang berdiri. Beliau merasa sesuatu yang aneh dan mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan tanpa memperdulikan wanita tersebut.
Ketika kenderaan menaiki Bukit Sebangkoi, beliau merasa sesuatu yang begitu aneh dan pelik. Sebelum ini kenderaan beliau mampu mendaki Bukit Sebangkoi dengan kelajuan 70kmsj, namun pada malam itu kenderaan beliau hanya mampu bergerak dengan kelajuan 20kmsj.
Memang terasa berat dan bau harum menusuk ke rongga hidung. Beliau memberanikan diri untuk memandang ke arah kiri kenderaan beliau. Ternampak lembaga yang beliau lihat di Simpang Selalang sedang terbang mengiringi kenderaan beliau.
Perasaan takut mula menyelubungi perasaan beliau namun beliau tetap kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan. Bacaan potongan ayat Al Quran sering bermain di bibir beliau.
Apabila kenderaan sudah sampai ke atas Bukit Sebangkoi, lembaga tersebut terus hilang. Beliau cuma melihat lembaga tersebut hilang di sebalik pohon-pohon buluh yang tumbuh di tepi jalan Bukit Sebangkoi. Itulah pengalaman Osman yang pernah beliau lalui.
Ada juga mangsa kemalangan pernah bercerita perkara yang sama. Mereka juga melihat seperti apa yang Osman lihat dan kerana panik mereka telah terlibat dengan kemalangan.
Sehingga kini misteri Simpang Selalang dan Bukit Sebangkoi belum dapat dirungkai. Siapakah wanita yang berada di Simpang Selalang atau mungkinkah kemalangan yang berlaku ada kaitan dengan wanita tersebut atau ia berlaku secara kebetulan?
Misteri Simpang Selalang dan Bukit Sebangkoi tetap menjadi misteri sehingga kini
Misteri Simpang Selalang ke Bukit Sebangkoi.
Reviewed by Unknown
on
October 06, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 06, 2015
Rating:

No comments: