STOCKHOLM: Beberapa majikan di sini mendapati pekerja lebih bahagia dan produktif apabila bekerja enam jam sehari.
Kajian yang dilakukan dua syarikat teknologi mendapati tahap kecergasan pekerja meningkat mendadak apabila waktu bekerja dikurangkan.
Ketua pegawai eksekutif syarikat aplikasi Filimindus Linus Feldt berkata: “Saya berpendapat bekerja lapan jam sehari tidak berkesan seperti yang kita sangkakan. Untuk memberi tumpuan selama lapan jam sehari terhadap tugasan adalah cabaran besar.
“Pada masa sama, sukar untuk kita menguruskan kehidupan peribadi ketika di luar waktu kerja. Kita hendak menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga, mempelajari sesuatu yang baru atau bersenam lebih lama.Ia sukar dilakukan dengan bekerja lapan jam sehari,” katanya.
Syarikat itu menukar waktu bekerja kepada enam jam sehari tahun lalu dan Feldt berkata, perubahan itu meningkatkan kecergasan kakitangan.
“Saya mendapati adalah lebih mudah untuk memberi tumpuan terhadap kerja dan pekerja saya lebih cergas dan masih bertenaga ketika meninggalkan pejabat,” kata Feldt.
Beberapa sektor awam Sweden, termasuk jururawat di pusat jagaan orang tua yang dikendalikan kerajaan, kini sudah mengubah waktu bekerja kepada enam jam sehari dengan mengekalkan bayaran gaji.
Ia mungkin menyebabkan syarikat terpaksa berbelanja lebih tetapi penjagaan kesihatan terhadap pesakit meningkat kerana jururawat dapat berehat secukupnya.
- Agensi
Kerja Enam Jam Sehari Tingkat Produktiviti
Reviewed by Unknown
on
October 05, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
October 05, 2015
Rating:

No comments: