Seo Services

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie

Foto NSTP/Ghazali Kori

MAHKAMAH Majistret Petaling Jaya, Selangor, semalam mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul kerana gagal hadir pada prosiding perbicaraan kes dadah yang dihadapinya, tiga tahun lalu.

Perintah itu dibacakan oleh Majistret Mohd Nazri Omran berikutan pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Anak Pontinak’ ini gagal hadir buat kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap tuduhan tersebut.

Manakala, rakannya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29 tahun yang didakwa bersama-sama Zarina hadir ke mahkamah.

Terdahulu, Zarina dan Mohamad Fakhruzaim ditahan memiliki dadah jenis Methamphetamine di alamat No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu 2012.

Atas kesalahan itu, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika disabitkan bersalah. – MYNEWSHUB.CC
Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Zarina Anjoulie Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.